LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 29, 2010

Duhai Anissa

Dapatkah aku kecapi kebahagiaan pada hari ini? Dapatkah ku nikmati sebuah kehidupan yang baik daripada sekarang? Walaupun aku sering mengeluh dan hampir putus asa, namun hati kecilku sedikit berbisik agar meneruskan kehidupan walaupun terpaksa melalui rintangan dan halangan. Sudah terlalu jauhku hanyut melayani perasaan.
Aku tersedar daripada lamunan setelah ibu memanggilku. Aku lantas menyahut agar ibu tahu aku mendengari panggilannya. Aku terus ke dapur kerana yakin ibu disitu dan mungkin ibu memerlukan pertolonganku. Kulihat ibu sedang sibuk menyiapkan juadah tengahari untuk kami berdua. Tanpa bertanya kepada ibu aku terus mencapai sebilah pisau lalu aku menyiang beberapa ekor ikan yang terdapat di dalam sinki.

“Ibu berehatlah. Ibu kan tak sihat, biar Nisa yang masak”.kataku. Ibu memang seorang wanita yang kuat dan tabah. Ibu kuat menjalani kehidupan ini yang penuh dengan onak dan duri serta kepompong kemiskinan yang membelenggu kami. Tatkala sendirian, aku menitiskan air mata kerana sedih melihat keadaan ibu. Kami anak-beranak hanya tinggal di dalam sebuah teratak buruk yang terletak dalam perkampungan kecil. Di sinilah tempat kami berteduh setelah arwah ayah sudah tiada meninggalkan kami di dunia yang penuh dengan cabaran sejak dua tahun yang lalu akibat diserang sakit jantung.
Kini, ibu pula yang terpaksa menanggung kesakitan setelah doktor menyesahkan ibu menghidap penyakit barah hati. Memang sukar bagiku untuk menghadapi semua kenyataan ini. Namun, aku harus akur dengan ketentuan serta takdir yang telah ditetapkan oleh Illahi . Setiap ujian yang diberi ku lalui dengan penuh kesabaran dan kesyukuran kerana dipilih oleh Allah untuk menjalani ujian ini.

“Nisa, mengelamun lagi ke? Baik-baik ye nak, nanti pisau tu terkina jaripulak. Kalau tak larat,tinggalkan saja di situ. Nanti ibu buat”.sekali lagi aku disedarkan dari lamunan. Entah kenapa, hari ini aku sering mengelamun dan dilambung ombak perasaan serta dihimpit oleh lereng kenangan belaka.”Nisa larat lagilah, ibu yang sepatutnya rehat.” Kataku seraya memandang ibu yang sedang duduk diatas kerusi.
Beberapa ketika kemudian, ibu bangun dan masuk ke dalam bilik. Mungkin dia hendak berehat. Tapi, sangkaan tidak tepat. Ibu keluar semula sambil memegang beberapa keeping duit. “Nah ,ini duit yuran sekolah kau.” Kata ibu sambil menghulurkan sejumlah wang kedapaku”. Ibu, terima kasih ye. Nisa janji akan belajar bersungguh-sungguh dan takkan kecewakan ibu malah membanggakan ibu”.kataku.

“Ibu tak nak minta apa-apa dari kau,nak.Cuma sebuah keputusan daripada kau. Sebelum ibu menghembus nafas yang terakhir, ibu nak … sangat tengak kau berjaya. Itu pun kalau umur ibu masih panjang”. Kata-kata ibu membuatkan hatiku terasa sebak. Tanpa brkata apa-apa aku melemparkan sebuah senyuman yang manis kepada ibu.
Takkanku lupa jasa dan pengorbanan ibu selama ini. Bekerja sebagai penoreh getah memang agak memenatkan. Tapi, pekerjaan inilah yang dilakukan oleh ibu setiap hari. Kalau hendak diikutkan hati, ingin saja aku berhenti sekolah. Tetapi ibu tidak mengizinkan. Dia tetap menyuruhku belajar supaya nanti, aku tidak akan menjadi sepertinya. “ Selagi ibu masih hidup, ibu masih mampu menyara kehidupan kita, nak..”kata-kata ibu masih lagi terngiang-terngiang dalam ingatnku.

Selepas selesai makan aku minta izin untuk pergi rumah Lina. Dia merupakan sahabat yang paling akrab denganku. Di rumahnya,kami belajar bersama-sama. Sedang aku menelaah bersamanya, tiba-tiba hatiku berasa gelisah dan tidak tenteram. Mungkinkah sesuatu yang telah berlaku di luar jagaanku? Aku meminta diri untuk pulang walaupun jam baru menunjukkan pukul 4.30 petang. Dalam perjalanan pulang aku berdoa agar semuanya dalam keadaan baik. Segalanyanya terjawap apabila aku mendapati sebujur tubuh terbaring kaku di tikar sejadah. Ibu pergi tanpaku disisinya, namun aku tetap bersyukur kerana ibu pergi dalam keadaan yang tenang dan dalam senyuman. Air mataku tidak berhenti mengalir membasahi pipi setelah melihat ibu kandungku telah pergi buat selama-lamanya.
Beberapa tahun kemudian.

“Cik Annisa, ini dokumen yang cik minta. Saya keluar dulu”.kata Lisa selaku setiausaha yang bekerja di syarikat miliku. Kini, jawatan pengurus besar disandang olehku iaitu seorang insan yang bergelar anak yatim piatu namun tidak pernah melupakan pesanan ibu serta ayahku. Kejayaan aku adalah bayaran kepada semua penat lelah ibuku menyekolahkanku dahulu.

*hanya mengepost..not my cerpen..^_^

0 comments:

SANTAI SEKETIKA :)